Susu, milo, dutch lady, magnolia, matterhorn, ais krim nestle dan pelbagai lagi santapan anak-anak kecil di dalam kenderaan terutamanya kereta.
Memang menjadi lumrah anak-anak kecil makan di dalam kereta.
Lalu bagaimana kita mahu menjaga kebersihan kereta. Boleh dikatakan mustahil atau tidak mungkin kecuali kita berhenti di RNR lalu keluar dari kereta dan makan makanan seperti diatas.
Untuk membersihkan kotoran seperti yang di sebutkan amatlah mudah bagi kami. Tetapi bagi ibubapa yang sibuk dengan tugasan dan hujung minggu berehat untuk melapangkan masa mana mungkin mempunyai kesempatan untuk mencuci.
Lalu kotoran tadi terus menerus melekat di fabrik kusyen khasnya, menjadi penjemput rezeki buat sang semut dan lipas.
Nah lalu apa lagi, berduyun-duyun kaum kerabat sang semut dan sang lipas bersantap di dalam kenderaan kita.
Sekarang ibu bapa tak perlu risau. Kami di Tok Cuci punyai penyelesaian buat ibubapa yang sibuk dengan kerja harian.
InsyaAllah kami lakukan cucian terbaik untuk ibubapa yang mempunyai masalah seperti di atas.
Tekan tombol whatsapp untuk pertanyaan mengenai cucian kusyen kereta anda.


